JOM INFAQ - SUMBANGAN ANDA AMAT BERMAKNA

; Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Saturday, November 21, 2009

KENYATAAN MEDIA : DPP DESAK AG KE TRIBUNAL

Implikasi keputusan Mahkamah Tinggi: Pemuda desak Peguam Negara ke tribunal

KENYATAAN MEDIA
21 NOVEMBER 2009

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)
IMPLIKASI DARI DUA KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI:PEMUDA PAS DESAK PEGUAM NEGARA DIHADAP SEGERA KE TRIBUNAL

1. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memandang serius implikasi dari dua keputusan Mahkamah Tinggi yang terbaru, iaitulah keputusan di dalam kes Semakan Kehakiman terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung isu kedudukan ADUN Kota Siputeh, Kedah dan juga kes Saman yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

2. Keputusan dari kedua-dua kes tersebut, yang berakhir dengan ketewasan di pihak SPR dan SPRM yang diwakili oleh Jabatan Peguam Negara, jelas menunjukkan bagaimana Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama kepada kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, telah gagal menjalankan tugas dengan baik dalam memberikan nasihat perundangan yang tepat dan selaras dengan kehendak undang-undang yang sebenar hingga memalukan dan menjejaskan imej kerajaan.

3. Timbul persoalan apakah nasihat undang-undang oleh Peguam Negara, diberikan secara profesional ataupun didasari oleh sentimen politik semata-mata untuk mempertahankan tindakan kerajaan dan agensinya, meskipun jelas tindakan tersebut menyalahi peruntukan undang-undang bertulis. Lihat sahajalah bagaimana nasihat yang diberikan oleh kepada SPR berkaitan dengan pentafsiran Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sedangkan peruntukan tersebut sudah sebegitu jelas dan terang di mana seseorang ADUN Kedah yang gagal menghadiri mesyuarat DUN dua-dua kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran dari Speaker, secara automatik hilang kerusinya.

4. Meskipun jawatan Peguam Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, namun jawatan tersebut tetap merupakan public office yang mesti mempunyai akauntabiliti moral terhadap rakyat Malaysia. Maka, di dalam keadaan ini di mana Peguam Negara gagal menjalankan tugas dengan baik hingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan yang kosnya turut ditanggung oleh rakyat, maka DPPP merasakan adalah wajar secara moralnya untuk Peguam Negara meletakkan jawatan serta merta.

5.. Di dalam amalan biasa, mana-mana peguam yang memberikan nasihat perundangan yang salah dan silap kepada anakguamnya, maka ianya dianggap sebagai suatu professional negligence (kecuaian profesional) yang membolehkan anakguam tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam yang terbabit. Namun, di dalam situasi yang membabitkan Peguam Negara ini, sekiranya Peguam Negara enggan melepaskan jawatannya, maka DPPP mendesak supaya Peguam Negara dihadapkan segera ke Tribunal yang dibentuk berdasarkan peruntukan yang sama sebagaimana proses pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan.

HJ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Web rasmi http://pemuda.pas.org.my

Laman sidang Online

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

AL FATIHAH : YDP CAMERON HIGHLAND MENINGGAL

YDP Cameron Highland meninggal dunia

PAS Pahang kehilangan seorang lagi tokoh apabila Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands Ustaz Ahmad bin Ludin, 63, kembali ke rahmatullah pada 20 November 2009 (Jumaat) lalu.

Menurut sumber PAS Kawasan, sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau sempat menyampaikan kuliah sebelum solat Jumaat di Masjid Kg Keledek, Lipis.

Apabila berjalan untuk mengambil wuduk, beliau tiba-tiba dikatakan rebah dan meninggal dunia ketika belumpun masuk waktu sembahyang.

Allahyarham dilahirkan pada 28 Mei 1946, meninggalkan seorang balu dan 14 orang anak (11 lelaki dan 3 org perempuan).

Berkelulusan Sijil Tinggi Agama Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan semasa hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan Lipis sebelum Kawasan tersebut dipecah dua mewujudkan Kawasan Parlimen Cameron Hihghlands ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003.

AJK Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) itu mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Cameron Highlands daripada Allahyarham Ustaz Kassim Yahya yang berundur pada tahun 2007.

PAS Pahang merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan berharap ahli keluarga dan seluruh ahli PAS Kawasan Cameron Highlands bersabar menghadapi ujian Allah untuk meneruskan perjuangan.

PAS Pahang diwakili Timbalan Pesuruhjaya, Dr Hamzah Jaafar dan Setiausaha Perhubungan Negeri, En. Roslan Zainal menziarahi jenazah dan keluarga beliau di Masjid Kg Keledek pada lewat petang tersebut. Jenazah beliau disemadikan di perkuburan Islam Kg Keledek lewat malam.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada.

Sidang Online

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

AHMAD SAID PATUT DIPECAT DARI JAWATANNYA

Dari kacamata: HALIK ZAMAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mampu berperanan sebagai sebuah badan penguatkuasa secara berkesan sekiranya hanya dibenarkan menyoal siasat saksi semasa waktu pejabat.

Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, berpendapat "menghadkan waktu para pegawai SPRM menjalankan tugas hanya akan mengganggu proses siasatan. Ini kerana katanya, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti dan lebih buruk lagi melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat.”

Beliau menambah, SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam.
"Sebagai badan penyiasat profesional, pegawai-pegawai SPRM sepatutnya dibenarkan menyoal siasat saksi secara menyeluruh sehingga selesai. Jika siasatan ditangguh, saksi boleh lari, sorok bukti atau hapuskan keterangan dan ini akan menimbulkan banyak masalah kepada SPRM," katanya.

Berkuat kuasa semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Bekas Pengarah BPR Negeri Sembilan itu mengeluarkan pendapatnya berdasarkan "Apa yang dia fikir betul" tanpa berpandukan undang undang. Tanpa mahu dengar kataputus dari hakim yang berpandukan undang undang.

Soalan yang kita timbulkan di sini, "Boleh siapkah sesuatu kes siasatan rasuah itu siap dalam satu malam tanpa bertangguh? Kalau siatan bersambung juga berterusan tiap malam itu juga ertinya bertangguh namanya. Kalau tertuduh nak lari maka dia boleh lari juga. Alasan ini tidak masuk akal. Terlalu dangkal fikiran menganggap tertuduh akan lari. Kenapa tidak pasport tertuduh ditahan sementara kes belum selesai?"

Bagaimana pula tertuduh boleh sorokkan bukti sedangkan bukti tertuduh ada dalam fail SPRM? Menuduh tertuduh menghapuskan keterangan juga satu andaian yang paling bodoh. Kalau andaian itu benar, bererti semua kes jenayah sipenjenayah boleh senang senang hapuskan? Maka semua penjenayah terlepas dari hukuman? Kosonglah selama ini penjara?

Bila keputusan mahkamah menyatakan siasatan kes di luar waktu pejabat menyalahi undang-undang ini bererti 'ada undang-undang' yang tidak membolehkannya. Selama ini polis dan SPRM menyiasat kes tertuduh di luar waktu pejabat, undang-undang mana yang digunapakai?

Pihak SPRM menyiasat di luar waktu pejabat kepada mendiang Teoh Beng Hock, cara demikian adalah menyalahi perundangan, SPRM boleh didakwa oleh keluarga Teoh untuk ganti rugi dan mengarahkan Ketua SPRM Datuk Said Hamdan dipecat dari jawatan kerana telah salah menggunakan kuasanya di luar undang-undang?.

Sabah Kini

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

SIAPA DAPAT HABUAN URUSNIAGA BELI KAPAL SELAM?

KUALA TERENGGANU – Sebuah akhbar Internet bebas serantau bagi negara-negara Asia, Asia Sentinel telah mendedahkan beberapa persoalan yang timbul, ekoran pembelian dua buah kapal selam oleh kerajaan Malaysia.

Dalam tulisan analisis akhbar tersebut mendedahkan, urusniaga pembelian dua buah kapal selam Scorpene yang berukuran 66 meter, berserta penyewaan sebuah kapal selam lama Agosta dari tentera laut Perancis bernilai USD 1 bilion (bersamaan dengan RM3.39 bilion).

Dengan urusniaga itu, yuran sebesar € 114 juta, bersamaan RM 575,151,512.60 diperuntukkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kawan baik dan bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian kapal selam tersebut kini terus menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan pembunuhan penterjemah dan kekasih Abdul Razak Baginda, Altantuya Shaaribuu.

Altantuya, 28 tahun, berbangsa Mongol, dibunuh pada bulan Oktober 2006 oleh dua ‘pengawal peribadi’ yang pernah berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak, Selepas Razak meninggalkan Altantuya, beliau menyerahkan tanggunjawab menjaga Altantuya kepada ketua pegawai Najib, Musa Safri.

Persoalan pembelian kapal selam yang menyebabkan kematian ‘perempuan simpanan yang ditinggalkan’, dianggap menjadi satu pengajaran kepada kerajaan Malaysia dan Perancis, oleh akhbar tersebut.

Apatah lagi timbulnya perkaitan baru dengan kes tersebut minggu lalu, apabila dilaporkan penyiasat persendirian P. Bala mendedahkan, seseorang yang rapat dengan Najib bersedia membayar RM5 juta (US $ 1.48 juta) untuk melupakan kenyataannya tentang Najib dan Altantuya.

>>> Ikuti Seterusnya Cherchez The French, Who got what for the sale of French submarines to Malaysia?




Buletin Online

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

MISTERI ALTANTUYA TERBONGKAR - BALA

[Raja Petra] Bahagian 5: Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysia
Tajuk: Bahagian 5: Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan (Part 5: I Just Want The Harassment to end)

Bala telah dibayar sebanyak RM 750,000 sehingga kini namun penderaan keatasnya menyebabkan dia seolah-olah seorang yang dipenjarakan. Dia mengatakan dia akan keluar dari keadaan tersebut untuk menamatkan penderaan yang berlaku terhadapnya dan supaya dia boleh hidup sebagai orang biasa. Dia hanya mahukan kehidupannya semula.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Q 69. Berapa lamakah anda mengenali ASP Suresh sebelum peristiwa ini?

A. Saya mengenali beliau selama 10 tahun yang lepas. Ketika saya bertemu dengannya, dia adalah seorang pegawai senior Pejabat Siasatan di IPK Kuala Lumpur.

Saya adalah seorang penyiasat persendirian. ASP Suresh menggunakan saya untuk membantu dia dalam mengesan sumber dan maklumat penting sesebuah panggilan kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat telekomunikasi dan pantas untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan pihak polis kerana mereka terpaksa mengikut jalan yang dikatakan rasmi.

Pada satu ketika, saya pernah bekerja untuk ASP suresh sebagai pengawalnya di sebuah pub di Jalan Imbi.Dia telah digantung perkhidmatannya sebagai pegawai polis pada tahun 2006 kerana disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah.

Q 70. Pernahkah anda berjumpa dengan Deeppak sebelum peristiwa ini?

A. Tidak. Namun saya pernah memberikan perkhidmatan kepada Dinesh pada hari yang lepas. Saya tahu Deepak adalah abang kepada Dinesh.

Q 71. Anda pernah menyatakan anda pernah berjumpa dengan seorang Datuk VIP yang berbangsa Melayu diluar pameran Volkswagen di The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapakah lelaki tersebut? .

A. Beliau ialah Datuk Nazim Razak, adik bongsu kepada Najib. Dia berada disitu bersama isterinya yang sedang mengandung. Bagaimana pun saya tidak berbual dengan isterinya, saya megenalinya kerana dia adalah seorang personality TV.

Saya rasa dia adalah seorang hos program 'Nona'.Deepak adalah orang yang membawa saya bertemu meraka.Sebab itulah ASP Suresh tidak mahu kami berjuma di tempat yang mempunyai kamera CCTV.

Q 72. Semasa anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral bersama Deepak, Dinesh dan ASP dan selepas anda menandatangani surat sumpah yang kedua, adakah sesuatu yang bermakna dikatakan kepada anda?

A. Ya. Ada dua perkara yang Deepak memberitahu saya.Dia memberitahu saya bahawa Rosmah gembira kerana saya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan ingin bersarapan dengan saya.Bila saya bertanyakan kepada Deepak, berapa lama saya harus meninggalkan negara ini, dia berkata kepada saya bahawa saya harus tunggu sehingga Najib menjadi Perdana Menteri yang seterusnya dan saya boleh kembali selepas itu.

Q 73. Bila anda menghubungi peguam anda Americk Sidhu?

A. Saya menghubungi beliau pada pertengahan Julai 2009. Pada masa itu saya masih berada di India. Saya mahu mengadakan perjumpaan dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas saya dan meohon maaf atas masalah yang disebabkan oleh saya. Americk berada di UK semasa saya mengubunginya supaya kami boleh berjumpa di Kuala Lumpur apabila dia pulang pada permulaan Ogos.

Q 74. Adakah anda bertemunya?

A. Ya. Kami bertemu pada awal Ogos. Americk telah memangil 2 lagi peguam untuk hadir. Saya telah memberitahu mereka apa yang telah terjadi ke atas saya sejak saya meninggalkan pejabat Americk pada petang 3 julai 2008.

Q 75. Adakah anda sedar bahawa perbualan anda telah dirakam secara sembuyi?

A. Saya tidak sedar saya sedang difilemkan. Bagaimanapun saya telah dimaklumkan kemudian dan semua rakaman yang di buat akan disimpan dengan selamat. Saya sedar bahawa ianya dilakukan untuk melindungi keselmatan saya sekiranya sesuatu berlaku ke atas saya.

Q 76. Bagaiman anda berupaya untuk membayar kehidupan anda semasa berada diluar negara?

A. Deepak telah membayar secara ansuran kepada saya. Sebahagian daripada bayaran dibuat terus ke akaun isteri saya melalui EON Bank di KL.Yang lain dibayar kepada ASP Suresh dimana dia akan membayar kepada saya atau melalui seorang kawan saya di Malaysia.Saya ada salinan cek yang dibayar oleh Deepak Jaikishan dan dibayar atas nama syarikatnya Carpet Raya Sdn Bhd.Saya juga memmpunyai salinan slip bank isteri saya yang membuktikan bagaimana wang didepositkan.Saya juga memuyai salinan akaun HSBC saya di Chennai.

Q 77. Berapa banyak wang yang diterima sejak anda meninggalkan Malaysia pada Julai 2008 sehingga sekarang?

A. Semuanya kira-kira RM750,000.

Q 78. Berapakah yang masih tinggal?

A. Ya, saya telah melaburkan sebanyak RM 250,000 untuk masa depan saya kerana saya tidak tahu apa akan bakal berlaku ke atas saya.Saya juga membelanjakan sedikit untuk membaikpulih rumah saya di Rawang dimana isteri dan anak saya berada di sana. Semua ini di buat atas tujuan keselamatan rumah saya.Selebihnya untuk keperluan saya ketika di Chennai dan wang pendidikan anak-anak saya dan perbelanjaan harian.

Q 79. Bukankah Deepak menjanjikan RM5juta kepada anda?

A. Semua perbincangan ini diaturkan oleh ASP Suresh di Kedai Bak Kut Teh di Rawang pada 3 julai 2008.

Saya tidak terlibat dalam perbincangan tersebut kerana saya lebih merisaukan keselamatan keluarga saya daripada wang itu.Saya kemudianya menyedari bahawa ASP Suresh berminat dengan hal ini dan dia akan menerima bayaran yang sama sperti mana yang diperolehi saya.

Tugasnya ialah memastikan saya dikawal. Sebab itulah dia rasa tidak senang kerana saya tidak mengikut arahannya kerana pendapatannya yang datang dari Deepak akan terjejas.

Q 80. Kenapa anda menunggu untuk tempoh yang begitu panjang untuk menjelaskan semua ini?

A. Semasa saya berada di Hotel hilton di KL Sentral, saya bertanya kepada Deepak berapa lama saya harus berada di luar negara.

Dia memberitahu saya sehinga Najib menjadi Perdana menteri.Saya tidak dapat kembali ke Malaysia sebelum Februari 2009 kerana Kumar memegang pasport saya selama 5 bulan di India.Saya hanya mendapatkan semula pasport saya selepas saya mengadu kepada Deepak ketika dia melawat saya di India dengan ASP Suresh.

Deepak kemudiannya memanggil adiknya Rajesh untuk mengetahui apakah yang terjadi terhadap paasport saya dan selepas 2 hari Kumar meminta saya untuk mengambil darinya.

Saya sebenarnya berada di India secara haram kerana visa saya telah tamat pada 5 september 2008.Dalam usaha memanjangkan tempoh visa, saya terpaksa mendapatkan bantuan dari bapa saudara isteri saya yang menjadi exco melanjutkan tempoh selama setahun. Selepas itu barulah saya dapat pulang ke Malaysia.

Q 81. Apakah yang berlaku apabila anda kembali ke Malaysia pada Februari 2009?

A. Apabila saya tiba di KL, saya telah menghubungi Dinesh untuk meberitahu bahawa saya telah kembali ke Malaysia.

Saya dipanggil ke pejabat Deepak di Sungai Besi pada pukul 11:45 pm pada malam yang sama dan memberitahu beliau bahawa saya tidak mahu meninggalkan negara ini lagi secara tergesa-gesa, sebaliknya saya mahu bersama dengan anak isteri saya dengan lebih lama. Mereka tidak tahu saya tidak akan meniggalkan negara ini.

Q 82. Kenapa anda kembali ke Malaysia pada April 2009?

A. Hanya kerana mahu bertemu dengan isteri dan anak saya. Tetapi kali ini saya tidak meberitahu sesiapa pun saya kembalik kerana tidak mahu diganggu.

Q 83. Kenapa sekarang ini anda mahu menjelaskan segalanya?

A. Sebab saya mahu menghentikan segala gangguan keatas saya dan kembali ke kehidupan yang normal.

Q 84. Adakah surat sumpah anda yang pertama itu benar?

A. Ya.Q

85. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah yang pertama?

A. Sememangnya tidak.

(Lihat Video di sini: Was PI intimidated or induced?)

Q 86. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah ke 2?

A. Ya, sebab saya risau akan keselamatan saya dan keluarga saya dan saya tidak membaca isi kandungan surat sumpah ke 2 sebelum saya menandatanganinya .

Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa BesiBahagian
3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala
Bahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar

Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

TEOH BENG HOCK : KERJA-KERJA MENGALI TELAH SELESAI

Kerja gali semula mayat Teoh selesai

KAJANG: Kerja menggali mayat mendiang Teoh Beng Hock untuk proses bedah siasat kali kedua seperti diarahkah Mahkamah Koroner Shah Alam, selesai dilakukan jam 10.40 pagi tadi.

Kerja mengeluarkan mayat itu bermula jam 9.20 pagi di tanah perkuburan Semenyih sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, esok.

Pada 9 November lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan mayat Teoh, pembantu kepada Exco Selangor, digali membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor dan dibantu Dr K Saravanan untuk mengambil gambar bedah siasat itu dan empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh.

Empat pakar forensik itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berita Hairan

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

Friday, November 20, 2009

NIZAR NEWS : ADIK NAJIB TEMUI SAYA

Bala: Adik Najib Temui Saya

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menamakan Nazim Abdul Razak sebagai datuk berbangsa Melayu yang menemuinya di The Curve, Damansara pada 3 Julai tahun lepas.

Dalam satu temubual seperti yang disiarkan di laman web Free Malaysia Today, Bala berkata adik kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak itu menemuinya bersama-sama isteri di luar ruang pameran Volkswagen.

Balam mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib Abdul Razak.Dalam temubual sebelum ini, Nazim dikatakan meminta Bala supaya akur kepada arahan Deepak sekiranya Bala sayangkan keluarganya.

Bala mendedahan bahawa Deepak telah membayar sejumlah RM750,000 bagi menampung perbelanjaan meninggalkan Malaysia.Bala berkata pendedahan ini dibuat supaya ancaman terhadapnya tamat sama-sekali.

TV Selangor

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : RAHSIA ALTANTUYA TERBONGKAR BHG 4

[Raja Petra] Bahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar (Part 4: Bala Finds His Life Turned Upside Down)

Kesusahan kehidupan adalah susah untuk dibayangkan terutamanya apabila kehidupan keluarga ditima kesusahan. Bala mula merasakan wang tidak bermakna sekiranya kehidupan keluarga dan pendidiakan anak-anak diabai. Dia mengambil keputusan untuk mengubah kesemua penderitaannya dan kembali ke kehidupan yang asal, namun ada pengarah mempunyai perancangan yang berlainan. Dia sedar, dia harus menjauhkan diri daripada mereka sekiranya dia inginkan kebebasan.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Q 55. Kenapa anda tidak memberitahu kebenaran bagaimana surat sumpah kedua dibuat apabila keluarga anda telahpun berada dalam keadaan yang selamat?

A. Saya masih keliru dan merasakan keselamatan keluarga saya masih terancam. Saya merasa Deepak merupakan seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat, terutamanya selepas berjumpa dengan seorang Datuk VIP berbangsa Melayu di The Curve pada malam itu dan nasihatnya masih dalam ingatan saya.

Saya juga hairan kenapa Deepak mempunyai pengaruh yang begitu kuat sehingga dapat melakukan sesuatu walaupun berada diluar negara termasuk mengaturkan seorang wanita berbangsa Thai untuk meguruskan visa kami ke India di Bangkok.

Pada masa itu saya merasakan adalah lebih baik saya menuruti kata-kata mereka sehinggalah saya sehingga saya tersedar kerana saya perlu mengambil kira keluarga saya kerana saya tidak mahu keselamatan mereka terancam.Saya dan keluarga saya berada di luar negara dan kami tidak punya sebarang sumber kewangan.

Q 56. Adakah anda berbual dengan sesiapa selepas ini?

A. Ya. ASP Suresh telah menguhubungi saya dari Kuala Lumpur dan menasihati saya agar menukar hotel supaya pihak polis dari Malaysia tidak akan dapat menemui saya sekiranya mereka mahukan sebarang maklumat lanjut daripada saya.

Dia juga memberitahu saya supaya memaklumkan anak saudara saya di KL untuk berhenti mengeluarkan kenyataan kepada wartawan dan menghentikan acara menyalakan lilin (light vigils) kerana ini telah menyusahkan Deepak.

Saya kemudiannya menghubungi anak saudara saya supaya menghentikan segala acara dan dia bersetuju. (Lihat video di sini: Stop the campaign, PI tells nephew)

Q 57. Adakah anda berpindah hotel?

A. Ya ,kami berpindah ke Hotel Beverly Hills. Kami dihubungi oleh Rajesh di hotel baru itu bahawa visa yang dipohon tidak dapat diselesaikan segera dan memerlukan sekurang-kurangnya 5 hari bekerja.

Deepak kemudian mengaturkan seorang Penukar wang (moneychanger), seseorang yang dikenalinya, untuk membayar kami 100,000 Bath untuk perbelanjaan kami. Saya kemudiannya menunggu arahan selanjutnya di hotel itu.

Q 58. Apa yang terjadi selepas itu?

A. Pada pukul 2.30 pm 11 Julai Rajesh telah menghubungi saya untuk menolak ke lapangan terbang supaya mengmbil tiket penerbangan yang ditempah olehnya supaya saya dan keluarga saya dapat terbang ke Katmandhu, jadi kami telah mengemaskan barangan kami dan bertolak ke lapangan terbang.

Bagaimana sebaik saja tiba di sana Rejesh menghubungi saya dan menyatakan bahawa penerbangan itu hanya akan bertolak pada jam 10 pagi esok. Kami kemudiannya mengambil teksi balik ke bandar dan menginap di hotel yang lain.

Keesokan pagi kami pulang semula ke lapangan terbang dan mengambil penerbangan Thai Airways dan terus ke Kathmanhu.

Q 59. Apa yang berlaku setelah mendarat di Kathmandhu?

A. Kami kemudiannya dijemput oleh pegawai dari Hotel Yak & Yeti untuk membawa kami ke hotel.

Q 60. Kenapa anda perlu pergi ke Kathmandu?

A. Sebelum kami memasuki India, kami perlu mendapatkan visa negara tersebut, dimana kami telah gagal memperolehinya semasa di Bangkok.ASP Suresh memberitahu saya Deepak tidak mahu kami tinggal Bangkok lagi kerana pihak polis Malaysia berjaya menemui kami di situ dan sebab itulah dia mahukan kami ke Kathmandhu untuk memohon visa kami di sana.

Q 61. Berapa lama anda berada di Kathmandu?A. Kami memohon visa dari Kedutaan India di Katmandhu. Selepas mendapat visa selama sebulan, kami meninggalkan Katmandhu untuk bertolak ke New Delhli. Iaitu pada 22 Julai . Kami berada di Katmandhu selama 10 hari.Q 62. Berapa lama anda berada di Delhi?

A. Kami tinggal di sebuah hotel di Delhi selama 2 malam sebelum ke Madras melalui Madurai.

Q 63. Bagaimana anda dapat memanjangkan tempoh visa anda selama sebulan?

A. Visa kami tamat pada 21 Ogos 2008. Orang Deepak berjanji kepada saya untuk menyambung tempoh visa saya selama setahun tetapi ia tidak berlaku.

Saya terpaksa mendapatkan tambahan selama 1 bulan lagi untuk saya dan keluarga saya sehingga 20 september 2008.Saya kemudiannya menghantar isteri dan anak saya balik ke kuala lumpur untuk tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut tanpa pengetahuan Deepak.

Saya tinggal di Madras untuk mendapatkan penambahan tempoh visa saya. Ejen Deepak kemudiannya menghubungi Kumar untuk membantu saya namun ia tidak berlaku.

Saya mengadu kepada Deepak dan ASP Suresh ketika mereka datang melawat saya di Chennai. Deepak kemudiannya meminta Kumar memberikan semula passport saya dan sijil sakit supaya mengatakan saya tidak akan dapat meninggalkan Chennai atas faktor saya menghidapi penyakit.

Saya telah berada di India dengan tempoh visa saya yang sudah luput.Saya kemudiannya menghubungi saudara isteri saya dimana beliau merupakan Exco di daerah Karaikal. Dia berjaya memanjangkan tempoh visa saya sehingga ke 5 september.

Q 64. Adakah anda kembali ke Malaysia semasa tempoh ini?

A. Ya, saya kembali untuk beberapa kali untuk menguruskan masalah peribadi saya. Setiap kali saya pulang ke Malaysia melalui Thailand iaitu sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam. Saya tidak pernah melalui imigresen Malaysia.

Saya tidak menghubungi sesiapa pun setiap kali saya kembali kerana takut Deepak mengetahuinya.

Hanya seoarang sahaja yang tahu saya kembali ke Malaysia ialah ASP Suresh, tetapi beliau tidak memberitahu Deepak. Beliau kecewa kerana saya menghantar anak dan isteri saya ke Malaysia namun saya menjelaskan kepadanya bahawa anak saya perlu mendapat pendidikan dan mereka tidak dapat bersekolah di Chennai.Bila sahaja saya kembali ke Malaysia, saya akan tinggal bersama dengan isteri saya di rumah ibu mertua saya di Segambut.

Q 65. Dimana tempat tinggal isteri anda semasa berada di Malaysia?

A. Isteri saya tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut dan anak-anak saya pula bersekolah di Sentul. Dia pernah datang ke Chennai beberapa kali bersama anak-anak untuk melawat saya.

Q 66. Dimana anak dan isteri anda berada sekarang?

A. Mereka kini berada di Chennai. Saya berjaya mendaftarkan kedua-dua anak saya di sekolah di sana. Isteri saya akan pulang ke Malaysia supaya anak bongsu saya ydapat bersekolah disini. Saya pula akan bersama kedua-dua anak sulung saya di Chennai.

Q 67. Bolehkah anda mengimbas kembali tarihkh anda kembali ke Malaysia?

A. Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 hingga 05.03.2009. Sepanjang tempoh ini saya bertemu dengan Deepak di pejabat beliau di Sungai Besi.

Dia begitu bimbang kerana saya kembali ke Malaysia dan mengarahkan saya kembali semula ke Chennai segela. Dia memberikan amaran kepada saya bahawa nyawa saya terancam jika saya berada di sini.Kali kedua saya kembali ke Malaysia adalah dari 11.04.2009 hingga 02.05.2009.Kali ketiga saya kembali ke Malaysia ialah akhir bulan Julai 2009.

Q 68. Apa yang anda lakukan semasa kembali pada akhir bulan Julai?

A. Saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan peguam saya Americk Siddhu dan menerangkan kepadanya apa yang telah berlaku keatas saya selama lebih setahun lalu dan saya merasa tidak selesa dengan keadaan sekarang.

BERSAMBUNG

Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa BesiBahagian
3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala

Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : RAHSIA ALTANTUYA TERBONGKAR BHG 3

[Raja Petra] Bahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysian
Tajuk: Bahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala (Part 3: The Malaysian Police Catch Up With Bala)

Pihak polis Malaysia telah berjumpa dengan Bala di Bangkok. Tetapi mereka
hanya berminat untuk menyoalsiasat tentang Surat Sumpah yang pertama dan mereka tidak pernah menyoalsiasat langsung tentang Surat Sumpah yang kedua. Pihak polis Malaysia mengetahui perkara yang benar tetapi memilih untuk menguburinya daripada mengambil tindakan....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Q 41. Kemanakah anda pergi selepas tiba di Bangkok?

A. Deepak sepatutnya telah mengaturkan saya berjumpa dengan seseorang di lapangan terbang Bangkok, tetapi tiada sesiapa pun berada di situ. Dalam keadaan yang semakin meletihkan, saya telah mengambil taxi utnuk menghantar keluarga saya ke Hotel Shangri La. Kami berdaftar di hotel tersebut dan kemudian tidur di sana.

Q 42. Adakah sesiapa telah menghubungi anda semasa anda berada di Hotel Shangri La?

A. Tidak, sebab tidak sesiapa pun yang mengetahui dimana kita berada kerana saya tidak mempunyai SIM Kad Thai oleh itu saya tidak dapat menghubungi sesiapapun dengan telefon bimbit saya.

Q 43. Apakah yang anda lakukan pada keesokan hari? (5 Julai)

A. Saya telah membawa keluarga dan anak saya untuk membeli sedikit pakaian kerana kami tidak mempunyai pakaian yang mencukupi. Saya juga membeli SIM kad Thail supaya dapat menghubungi ASP Suresh dan memberitahunya dimana kami berada.Deepak telah memberitahu saya bahawa segala perhubungan hendak dibuat dengan ASP Suresh dan adiknya, Rajesh yang akan menyediakan segala keperluan untuk kami.

Q 44. Apakah yang anda lakukan pada hari berikutnya? (6 Julai)

A. Pihak pengurusan Shangri La memberitahu saya bahawa hotel itu telah penuh ditempah berikutan acara perkahwinan yang akan diadakan dan kami terpaksa meninggalkan hotel.

Saya kemudiannya menempah bilik di Hotel Hilton yang berdekatan dengan isteri dan anak saya.Rajesh telah menguruskan sesorang untuk berhubung dengan kami supaya membantu kami untuk memperolehi visa ke India.

Orang berkenaan adalah seorang warga thai yang kemudiannya datang ke bilik kami untuk mengutip pasport kami dan yuran visa dari saya.

Q 45. Apakah yang berlaku pada 7 Julai?

A. Saya menerima panggilan dari seorang pegawai Bahagian Unit Khas (Special Branch) di bilik saya.

Dia berada di hotel lobi dan mahu bertemu dengan saya. Saya kemudian turun untuk berjumpa denganya. Saya mengenalinya kerana pegawai tersebut pernah bekerja dengan saya sesuatu saya dalam Bahagian Unit Khas.

Pegawai tersebut adalah seorang pegawai di pejabat kedutaan Malaysia di Bangkok.

Q 46. Apakah yang kamu membincangkan?

A. Dia menanyakan kepada saya bahawa adakah saya akan membenarkan pihak polis Malaysia mendapatkan kenyataan dari saya dan sekiranya saya bersetuju, mereka akan menghubungi pihak polis di Kuala Lumpur.

Saya kemudian memintanya beliau tunggu sementara saya menghubungi ASP Suresh untuk memberitahunya perkembangan ini.

Q 47. Adakah anda menghubungi ASP Suresh?

A. Ya. ASP Suresh memberitahu saya apa yang harus saya memberitahu kepada mereka. Dia juga meminta saya agar tidak menyebut penglibatan Deepak, Dinesh dan dia.

Q 48. Apakah arahan daripadanya kepada anda?

A. Secara ringkasnya, dia memberitahu saya supaya memberitahu polis bahawa selepas membuat Surat Sumpah yang pertama, saya terasa bersalah dan mahu ia ditarik balik, jadi saya telah memanggil seorang peguam yang bernama Arunapalam, dimana saya pernah berjumpa dengannya ketika saya menjalankan tugas dahulu dan mengatur untuk berjumpanya di sebuah restoran yang bernama Lotus bersebelahan dengan Hotel Nikko di jalan Binjai.

Ketika saya bertemu dengannya, dia telah menasihatkan saya supaya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan dia akan merangka surat sumpah yang kedua untuk saya.

Saya juga di arahkan untuk berkata bahawa saya pergi ke pejabatnya dimana dia telah merangka surat sumpah yang kedua yang saya tandatangan, dan saya kemudiannya saya pergi ke Hotel Prince keseseokannya untuk mengadakan sidang akhbar.Inilah yang harus saya katakan kepada polis ketika mereka merekodkan kenyataan saya, arahan daripada ASP Suresh.

Q 49. Apakah yang anda lakukan kemudiannya?

A. Selepas berbincang dengan ASP Suresh, saya memberitahu memberitahu pegawai cawangan khas tersebut dari kedutaan Malaysia iaitu saya bersetuju untuk merekodkan kenyataan saya dan dia telah memaklumkan kepada Kuala Lumpur dan akan datang menjemput saya pada keseesokan pagi dan membawa saya ke kedutaan Malaysia. Sebenarnya kami telah keluar untuk makan bersama pada petang tersebut.

Q 50. Adakah anda dijemput pada keesokan pagi?

A. Ya, pegwai cawangan khas itu telah datang ke hotel saya keesokan pagi dan membawa saya ke kedutaan Malaysia di mana kami sampai sekitar jam 9.00 am. Sekitar pukul 9.30 am, 3 orang pagawai polis pun sampai.

Mereka baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur sebelah petang semalam selepas saya bersetuju untuk merakamkan kenyataan saya.

Q 51. Adakah anda mengenali pegawai polis tersebut?

A. Ya, mereka ialah ACP Muniandy dari Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, seorang pagawai berbangsa India dan seorang lagi pegawai berbangsa Melayu, dimana saya lupa pada ketika itu.

Q 52. Baagaimanakah layanan mereka terhadap anda?

A. Mereka memberikan layanan baik kepada saya. ACP Muniandy bertanya kepada saya yang mana satukah akuan bersumpah itu benar dan saya menjawab akuan yang pertama. Dia kemudinnya memegang tangan saya dan berkata saya adalah seorang yang berani.

Q 53. Adakah mereka merakam kenyataan anda?

A. Ya. Mereka menyoal saya selama 6 jam. Mereka nampaknya tidak berminat dengan surat sumpah saya yang ke 2 dan bertanyakan berdasarkan surat sumpah yang pertama.Mereka mahu mengetahui sesiapa yang terlibat dan bagaimana saya diarah untuk melakukan perkara itu.

Saya menjelaskan segalanya kepada mereka iaitu sejak saya menemui peguam saya Americk Siddhu di sebuah pub pada satu malam bersama dengan ASP Suresh, M Puravalen dan Sivarasah Rasiah pada bulan April atau Mei 2008 dimana pengumuman surat sumpah saya yang pertama.

ACP Muniandy yang menanyakan semua soalan, manakala rakannya merakamkan kenyataan saya.

Q 54. Adakah mereka memberikan komen mengenai apa yang anda memberitahu mereka?

A. Tidak. Saya cuma mengulangi apa yang ASP Suresh mengarahkan saya memberitahu mereka iaitu situasi yang membawa saya kepada membuat Surat Sumpah kedua dan merakamkan semua itu.

BERSAMBUNG.............

Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa Besi

Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : KEPUTUSAN MAHKAMAH BANGKIT KESEDARAN RAKYAT

Boon Wah : Keputusan Mahkamah, Bangkit Kesedaran Rakyat

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah menyambut baik keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam.

Menurutnya, keputusan berkenaan sekali gus merupakan satu titik tolak kepada kesedaran rakyat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

“Saya rasa lega hakim memutuskan SPRM tidak ada hak menyoal siasat selepas waktu pejabat.
“Keputusan mahkamah semalam adalah untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi semalam mengisytiharkan penahanannya oleh SPRM lebih dari waktu pejabat iaitu 15 Julai jam 9.45 pagi hingga jam 2.53 pagi keesokan harinya adalah salah.

Mahkamah juga memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti yang diamalkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu.

Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Sehubungan itu Boon Wah berhak menerima ganti rugi terhadap penahanannya itu.
Mengulas mengenai ganti rugi yang bakal diterinya, Boon Wah berkata ia bukanlah tujuan utamanya untuk memfailkan pemula berkenaan, sebaliknya mahu perkara yang berlaku ke atasnya tidak berulang kepada mana-mana pihak.

“Sebab saya memfailkan kes ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perkara disoal siasat pada waktu malam tidak akan berlaku lagi.

“Pada masa saya disoal siasat pada tengah malam 15 hingga 16 Julai sehingga jam 2 lebih, saya rasa tindakan berkenaan seperti melanggar hak asasi manusia kerana saya rasa mereka tidak layan saya seperti seorang manusia,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dirinya yang berhak menerima ganti rugi, Boon Wah berkata perkara itu tidak menjadi keutamaannya sebaliknya menyerahkan kepada pihak terlibat.

Katanya gangti rugi yang diberi tidak akan dapat menebus tekanan yang ditanggung sewaktu disoal siasat SPRM dalam masa yang panjang melebihi waktu pejabat.

TV Selangor

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

PKFZ : CADANGAN KSU HANYA UNTUK 'BELI MASA'

PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli masa'

Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoal kewajaran Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.Cadangan tersebut demi memantau integriti dan proses pelantikan satu pertiga ahli bebas bukan eksekutif dalan Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

"Isunya kenapa Tan Sri (Sidek) tidak cadang terus penubuhan suatu Suruhanjaya DiRaja yang bebas."

"Kenapa perlu meminta Lembaga Pengarah LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) pertimbang syor dia (Sidek) supaya ditubuhkan suatu Jawatankuasa Ad Hoc berkaitan PKFZ itu," tegas Mahfuz.

Bagi Mahfuz, Sidek tidak berupaya menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ itu kerana beliau sendiri merupakan Ketua Setiausaha Negara (KSU) Kerajaan."

Pasukan (Khas) Sidek gagal dan tidak berupaya untuk kenal pasti siapa rasuah (dan) siapa eksekutif-eksekutif kerajaan yang salah guna kuasa, sebab dia sendiri KSU, sebahagian dari kerajaan."

"Kalau dia (Sidek) nak siasat, pertama sekali dia akan siasat beberapa individu dalam kabinet...dia akan minta minit kabinet tentang isu PKFZ ini disemak."

"Saya percaya dia Najib) tidak berupaya jadi seorang yang bebas sebab dia KSU, dia setiausaha yang tulis minit kabinet," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan syor Sidek itu, sekadar melengah-lengahkan siasatan sebenar ke atas PKFZ.

"Saya nampak kerajaan (khususnya) Sidek sengaja panjangkan kes itu entah bila (dan) sampai bila...dulu (kerajaan) tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di bawah Parlimen, sekarang tubuh pula pasukan Khas yang orang dia sendiri (Sidek) jadi Pengerusi.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan tubuhkan Task Force. Audit swasta juga dibentuk."

"Semua ini (jawatankuasa) hanya nak lengah-lengahkan, dari diketahui rakyat bahawa siapa yang sepatutnya bersalah dan dibawa ke muka pengadilan," jelasnya.

Semalam, Sidek bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan meminta Lembaga Pengarah LPK menubuhkan suatu ad hoc di bawah Kementeriannya.

Cadangan itu membolehkan usaha pemantau integriti dilaksanakan, tanpa perlu melibatkan pindaan undang-undang.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media arus perdana mendedahkan keterlibatan beberapa inividu penting Umno dan BN dalam kes berkaitan PKFZ tersebut.Ketua Pemuda Umno Kapar yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah dilaporkan membeli sebidang tanah secara misteri yang bernilai RM95 juta pada tahun 1999 lalu, dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL).

Tanah tersebut dipercayai umum, diperoleh secara eksklusif daripada bapa mertuanya (Faizal) yang juga Pengerusi Lembaga KPPL.

Lebih misteri apabila Bendahari Umno Datuk Seri Azim Zabidi dan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan BN Datuk Seri Tiong King Sing (MCA) masing-masing merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam KDSB.

Isu PKFZ yang masih tidak selesai sejak sedekad yang lalu secara tidak langsung menjadikan kerajaan sendiri dilihat terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Harakah Daily

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : SIASAT PROGRAM DANA BAKTI REMAJA


(Gambar atas - Komander Program Dana Bakti Remaja Terengganu, Mohtadin Arim, memeluk seorang puteri umno pada hari akhir program tersebut bagi DUN Bukit Besi 5 November lalu.


KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya menyiasat Program Dana Bakti Remaja yang dilaksanakan di negeri ini.Ini kerana, program tersebut didakwa mempunyai unsur-unsur penyelewengan serta rasuah melibat pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya kira peruntukkan RM23 juta untuk program Dana Bakti Remaja itu menyalahi etika dan salah satu bentuk rasuah kerana duit kerajaan digunakan untuk kepentingan parti politik dan program politik tertentu sahaja,” tegasnya dalam satu sidang mediadi Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dekat sini, baru-baru ini.

Itulah mungkin antara kandungan kursus yang diajar oleh Umno menerusi program Dana Bakti Remaja)Beliau mendakwa program tersebut menyalahi etika serta merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, peruntukkan RM23 juta tersebut digunakan 100 peratus bagi ‘servival’ parti Umno dalam meningkatkan sokongan golongan belia remaja terhadap BN.

“Oleh kerana itu, kita (PAS) minta dana ini disiasat dari segi pemberian dan sasaran. Saya difahamkan ketika program ini dibuat peserta diminta menyanyikan lagu Umno.“Jika berlaku kesalahan di kalangan peserta itu juga didenda dengan menyanyikan lagu Umno berulang kali.

“Ini bukan satu bentuk program yang sepatutnya guna duit kerajaan. Saya minta pihak SPRM dan pihak-pihak yang prihatin membuat penyiasatan. Ini benda besar duit rakyat RM23 juta dan bukan benda kecil,” tegasnya.

Manakala, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman yakin memberian serta penyalahgunaan duit rakyat melalui program Dana Bakti Remaja itu tidak menjamin sokongan rakyat terhadap Umno-BN.Katanya, meski pun tujuan program tersebut bagi menarik pemuda dan pemudi menyokong Umno-BN tetapi rakyat bijak menilai.(Gambar kanan - Dato' Din Adam, ADUN Bukit Besi berucap dimajlis perasmian 3 November lalu)“Kita (PAS) tahu dana remaja ini digunakan untuk menarik pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi hanya untuk kepentingan politik Umno sahaja dalam pilihan raya akan datang.

“Mereka (Umno) menggunakan duit ehsan khususnya untuk menarik golongan muda menyokong mereka (BN).“Umno guna peluang (Dana Bakti Remaja) itu untuk daftar pengundi muda supaya memihak kepada mereka (BN),” ujarnya.
Namun begitu, katanya tidak semesti pemuda dan pemudi yang menyertai program tersebut akan memihak 100 peratus kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.“Bagi kita (PAS) daftar sebagai pengundi itu tidak semestinya orang (Pemuda) itu akan jadi Umno.

“Cuma itu (dana) menjadi satu tarikan atau ‘umpan’ dengan menggunakan duit kerajaan. Pemuda ini akan daftar dengan Umno dan ambil duit Umno.

“Tetapi semasa mengundi, kita (PAS) yakin mereka (Pemuda-pemudi) akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka tidak mengundi BN,” jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa dukacita kerana isu program Dana Bakti Remaja pernah dibuat laporan kepada pihak SPRM yang waktu itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tidak ada tindakan positif.

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : SUNGAI GOLOK HAMPIRI PARAS BAHAYA

Air Sungai Golol lepasi paras waspada

KOTA BAHARU - Penduduk di tebing Sungai Golok dan kawasan rendah di sekitarnya kembali diingatkan agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kerana paras air sungai itu di Rantau Panjang kini sudah melepasi paras waspada.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, bacaan paras air pada pukul 10 pagi ini ialah 7.41 meter iaitu melepasi paras waspada 7 meter manakala paras bahaya sungai itu adalah 9 meter.

Satu lagi bacaan di sungai tersebut di Jenob Dalak jajahan Tanah Merah jugasemakin menghampiri paras waspada iaitu 20.20 meter berbanding paras waspada 21.50 meter dan paras bahaya 23.50 meter.

Bacaan di beberapa tempat Sungai Kelantan juga sudah melepasi paras biasa dan air naik secara perlahan-perlahan berikutan hujan renyai-renyai sesekali lebat masih berlaku di negeri itu.

Jabatan itu juga sudah mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua dengan penduduk terutama di Rantau Panjang diminta supaya bersiap sedia.

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : JANGAN ABAI BUKAN MELAYU

PAS: Jangan abai bukan Melayu jika mahu Pakatan kekal di Selangor

Oleh Samsuri Roslan

SHAH ALAM, Nov 20 — Para pemimpin PAS termasuk wakil rakyat parti itu di Selangor disaran tidak menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan semata-mata demi meraih sokongan menyeluruh dalam pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan dalam waktu terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib berkata, realiti politik dalam pilihan raya umum ke-12 menunjukkan majoriti pengundi Melayu di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Selangor tidak berpihak sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mana-mana kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu, lebih 83 peratus, dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), kata beliau ketika ditemui di sini.

“Oleh itu, ADUN PAS dan PKR daripada kalangan Melayu tidak perlu menjadikan agenda Melayu sebagai keutamaan dan keterlaluan kerana mereka masih lagi berpihak kepada Umno,” kata beliau lagi.

Sebagai ADUN, beliau turut mengakui masih menghadapi kesukaran untuk meraih sokongan padu daripada kalangan pengundi Melayu di kawasan yang diwakilinya berbanding pengundi kaum Cina dan India.

Sehubungan itu, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor ini masih tidak yakin bahawa pengundi Melayu terutamanya di kerusi DUN beliau wakili akan berpihak kepada kerajaan PR dalam pilihan raya umum ke-13 seperti yang diuar-uarkan oleh sesetengah pimpinan negeri.

Pandangan Saari mempunyai asas jika melihat kepada keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Kawasan majoriti pengundi Melayu yang melebihi 80 peratus dikuasai oleh calon Umno berbanding PR.

Hanya dua kawasan DUN yang majoriti pengundi Melayu melebihi 80 peratus iaitu Hulu Kelang (80 peratus) dan Gombak Setia (81 peratus). Hulu Kelang kini diwakili Saari sementara Gombak Setia pula dimenangi Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Enam kerusi DUN lain yang dikuasai wakil rakyat PAS ialah Lembah Jaya yang mempunyai pengundi Melayu seramai 55.3 peratus, Cempaka (58 peratus), Bangi (64 peratus), Meru (60 peratus), Selat Kelang (64.4 peratus) dan Si Jangkang (66 peratus).

Sementara sembilan DUN yang dikuasai oleh calon PKR kalangan Melayu ialah Ijok (49 peratus), Bukit Antarabangsa (57 peratus), Seri Setia (54.4 peratus), Taman Medan (60 peratus), Kota Damansara (55.8 peratus), Kota Anggerik (68 peratus), Batu Tiga (69 peratus) dan Sri Muda (53.3 peratus).

Saari khuatir sokongan terhadap kerajaan negeri akan berubah dalam pilihan raya umum akan datang jika pengundi Cina dan India tidak lagi memberi sokongan padu kepada calon PR.

“Kerana itu, kita perlu memperjuangkan rakyat secara lebih meluas yang boleh diterima oleh mereka berbanding dengan hanya memberi tumpuan kepada pengundi Melayu semata-mata,” katanya.

“Apa yang lebih penting adalah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing daripada terjebak dengan isu Melayu yang menjadi mainan politik Umno,” katanya lagi.

Beliau juga mengakui kerajaan PR “besar hati” dengan memberi tiga Exco kepada kepemimpinan PAS negeri walaupun parti ini hanya mempunyai lapan kerusi.

Malaysian Insider

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : EKORAN ANAK EXCO DITAHAN KES DADAH

Ketua Polis Terengganu di Minta Perjelas Isu Tangkapan Anak Exco Terlibat Kes Dadah

KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

Ketuanya, Fariz Musa berkata, anak anggota Exco tersebut ditahan oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya, baru-baru ini.

”Dalam sekatan (jalanraya) itu, anak Exco berkenaan dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut,”Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatory.”ujar Fariz dalam sidang media Pelancaran Gerakan Selamatkan Wang Rakyat Terengganu ( Semarak Terengganu ) yang diadakan di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Namun begitu, katanya, pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

Fariz mengganggap, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi kerajaan, maka wajarlah Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

Sehubungan itu, beliau memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri, serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan itu.

Dalam sidang media yang sama, Fariz berkata AMK akan menggerakkan SEMARAK ke seluruh Negara bagi memberikan kesedaran dan maklumat kepada rakyat tentang penyelwengan, salahlaku dan rasuah yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, di negeri Terengganu AMK akan membuat beberapa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Buletin Online

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : TANAH RUNTUH PENDUDUK ENGGAN PINDAH

Tanah Runtuh Dekat Tmn Cheras Awana: Penduduk Degil Enggan Pindah

KUALA LUMPUR: Walaupun berlaku kejadian tanah runtuh kali kedua berhampiran rumah pangsa Taman Cheras Awana, dekat Kajang awal pagi ini, penduduk tetap tidak mahu meninggalkan rumah mereka meskipun diarah pihak berkuasa berbuat demikian.

Rata-rata penduduk berpendapat, kejadian tanah runtuh yang berlaku di lereng bersebelahan bangunan kediaman itu pada pukul 3 petang semalam sehingga menimbuskan tiga kereta dan sebuah motosikal, tidak membahayakan.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati rata-rata penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan tidak ada satu keluargapun yang meninggalkan kawasan itu.

Semalam, seramai 50 orang daripada 10 keluarga dari Rumah Pangsa itu diarah berpindah serta merta selepas kejadian tanah runtuh itu dengan menempatkan mereka di balai raya berhampiran dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan bantuan kepada mereka.

Seorang penduduk rumah pangsa itu, Rashitah Kamarudin, 56, berkata beliau enggan berpindah ke tempat yang disediakan kerana berpendapat tanah runtuh itu tidak akan menimpa rumahnya biarpun kediamannya itu berhadapan dengan lereng bukit yang runtuh.

"Saya tinggal bersama suami dan seorang anak...sudah biasa mengalami tragedi sebegini, saya tengok ia tak bahaya walaupun apa yang berlaku semalam paling teruk berbanding kejadian pertama kali tahun lepas," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah pangsa itu.

Beliau yang menetap di situ sudah lebih 15 tahun meminta MPKj membina tembok yang lebih kukuh di lerang bukit itu bagi menjamin keselamatan penghuni di rumah pangsa itu.

Rashitah yang mempunyai perniagaan bas sekolah itu berkata, tembok di lereng bukit itu dibina selepas kawasan lereng yang berhutan itu terbakar pada tahun lepas dan MPKj telah membina tembok itu sejak tiga bulan lepas.

Seorang pemandu yang telah menetap selama sembilan tahun di situ, Anthony Raj, 40, berkata beliau juga tidak akan meninggalkan rumah yang dibelinya itu kerana tinggal di rumah sendiri lebih selesa daripada tempat yang disediakan pihak berkuasa.

"Ini rumah saya sendiri, saya takkan pindah... sebelum ini pihak berkuasa menjanjikan membina tembok yang kukuh dan tahan selama 15 tahun, tetapi ia sudah beberapa kali runtuh dalam tahun ini terutama setiap kali hujan lebat sehingga kadangkala air boleh memasuki kawasan rumah," katanya yang tinggal di situ bersama isteri dan empat anak.

Anthony berkata, MPKj ada memantau keadaan tanah runtuh itu pagi tadi.

"Saya nampak mereka (MPKj) meninjau keadaan cerun tetapi tidak berbuat apaapa," katanya yang mengambil cuti sehari kerana kejadian tanah runtuh itu.

Tinjauan Bernama juga mendapati lereng yang runtuh di kawasan terbabit ditutupi kanvas plastik agar dapat mengurangkan pergerakan tanah ketika hujan dan jalan untuk melalui kawasan itu telah ditutup kepada semua lalu lintas.

Beberapa anggota polis kelihatan berada di kawasan itu sementara kerja pembersihan tanah belum dijalankan walaupun selepas 24 jam kejadian berlaku.

BERNAMA

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

Thursday, November 19, 2009

NIZAR NEWS : ANTARA KES KEMATIAN DALAM TAHANAN

Kematian dalam Tahanan.

Yang Pei Keng

Menurut Menteri Dalam Negeri, 108 orang mati dalam tahanan polis dari tahun 2000 hingga 2006; dan 95 orang mati di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, dari tahun 2000 hingga 2007.

13 tahun sebelum ini, NGO telah mengemukakan laporan hak asasi manusia yang pertama, dan membangkitkan isu kematian dalam tahanan. Pada 18 Julai 1991, perangkaan rasmi dari parlimen menunjukkan 151 orang tahanan mati antara tahun 1980 hingga 1990 (10 tahun).

Kes-kes yang menonjol

Kerajaan tidak memaklumkan secara terperinci, butiran faktor kematian dan tindakan selanjutnya. Jelas, kerajaan tidak memantau dengan baik berhubung isu kematian dalam tahanan polis.

Dari tahun 1995 hingga 1997, media massa pernah melaporkan beberapa kes kematian dalam tahanan. Yang berikut adalah kes-kes yang mendapat perhatian media, dan memperlihatkan sejauh manakah penyalahgunaan kuasa oleh polis:

1.Kes Lee Quat Leong, tahun 1995

Lee Quat Leong, 42, seorang technician. Ditangkap kerana disyaki merompak bank. Beliau dipukul mati pada 12 Mei 1995. Penyiasatan Mahkamah Koroner mendapati 11 orang pegawai polis terlibat, termasuk empat orang pengawai tinggi yang perlu bertanggungjawab dalam jenayah ini. Namun, pada 14 Disember 1995, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa terdapat 45 luka luaran pada mayat, dan 7 tulang rusuk yang dipatahkan. Bagaimanapun, daripada 11 orang, hanya 2 orang pegawai polis yang didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan sahaja.

2. Kes M.Ragupathy, tahun 2002

Pada Julai 2002, sekumpulan orang muda bertembung dengan polis yang sedang meronda. Polis mengesyaki bahawa mereka terlibat dalam satu kes jenayah, maka kesemua mereka ditangkap. Antaranya, M.Ragupathy pernah menjalani pembedahan jantung. Dadanya kesakitan semasa dalam tahanan. Polis tidak mengendahkannya, walaupun Ragupathy tidak dapat makan untuk tiga hari, malah muntah.

Selepas beberapa hari, barulah polis membawanya ke klinik kerajaan, tetapi doktor tidak ada di situ. Maka, seorang jururawat memberikannya ubat penyakit asma.

Keadaannya semakin parah selepas beberapa hari. Polis menghantarnya ke hospital Putrajaya. Pada hari keesokan, doktor mengesahkan kematian Ragupathy. Dua bulan kemudiannya, Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata dalam parlimen bahawa polis tidak perlu memikul apa-apa tanggungjawab jenayah.

3. Kes Vivasanu Pillay

Vivasanu Pillay yang ditahan oleh polis, telah ditemui mayatnya dalam satu sungai. Polis mendakwa Vivasanu terjatuh ke dalam sungai ketika melarikan diri dari balai polis Dang Wangi. Walau bagaimanapun, keluarganya pula mendakwa Vivasanu telah mati dalam tahanan, dan dibuang ke dalam sungai. Timbalan Menteri Dalam Negeri kemudiannya berkata di parlimen bahawa kematiannya tiada kena-mengena dengan polis.

4. Kes Sudan a/l Lolam, tahun 1995

Pada 4 Mac 1996, satu NGO orang asli di Semenanjung Malaysia mengadu kepada pengarah polis Negeri Pahang, bahawa seorang kaum asli telah meninggal dunia 9 bulan yang lalu, ketika dalam tahanan polis. Polis pula mendakwa bahawa Sudan membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan singlet.

5. Kes kematian 46 orang PATI, tahun 1995

Setelah laporan penyiasatan Tenaganita diumumkan pada tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa sejumlah 46 orang PATI mati di beberapa pusat tahanan, antaranya pusat tahanan di Semenyih telah mencatatkan kematian 42 orang pendatang asing.
Mereka dikatakan mati kerana penyakit biasa, seperti sakit perut. Tiada laporan bedah siasat mayat. Malaysian Medical Association berkata penyakit sedemikian boleh diubati segera. Sehingga hari, tiada orang disabitkan kesalahan jenayah.

6. Kes A.Kugan, Tahun 2009

Pada 15 Januari 2009, A.Kugan, 22, ditangkap dan ditahan di balai polis Taipan, Subang, mati secara tiba-tiba dalam tempoh lima hari tahanan polis. Beliau yang dituduh mencuri kereta, tidak sedar diri ketika soal siasat polis, dan kemudian dihantar ke hospital Serdang.
Laporan bedah siasat pertama menunjukkan Kugan mati kerana paru-paru berair. Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan laporan itu menuntut bedah siasat kali kedua. Hasilnya, Kugan didapati dipukul dengan benda seperti paip getah.

Daripada 11 orang polis yang ditukar jawatan kerana kes ini, hanya seorang yang didakwa atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

7. Kes Teoh Beng Hock, tahun 2009

Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor (DAP) dipanggil sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk soal siasat satu kes rasuah yang melibatkan wang kira-kira RM2000. Beliau didapati mati di tingkat lima bangunan sebelah pejabat SPRM.

Kes ini mencetus kemarahan orang awam, malah PM terpaksa mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di-Raja setelah didesak oleh masyarakat umum. Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam penyiasatan di Mahkamah Koroner.

Merdeka Review

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : SOALSIASAT WAKTU PEJABAT,SPRM AKAN KEMUKA RAYUAN

Berikutan keputusan mahkamah supaya soalsiasat diadakan pada waktu pejabat sahaja,SPRM akan kemukakan rayuan.

Alasannya kerana terlalu banyak kes yang tertangguh dan dengan membuat soalsiasat lebih panjang akan membantu menyelesaikan lebih banyak kes.


1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

TEOH BENG HOCK : MAHKAMAH ISYTIHAR BOON WAH DITAHAN SECARA SALAH

Mahkamah Tinggi KL isytihar Boon Wah ditahan secara salah

Kuala Lumpur 19 Nov. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.

Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.

Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.

Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.

Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat.

Utusan Meloya

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

NIZAR NEWS : MAHKAMAH - SPRM BOLEH SOALSIASAT WAKTU PEJABAT SAHAJA

SPRM hanya dibenarkan soalsiasat waktu pejabat sahaja

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

MACC can’t quiz witnesses beyond office hours, High Court rules
By Debra Chong

KUALA LUMPUR, Nov 19 — The Kuala Lumpur High Court today delivered a stunning rebuff to the Malaysian Anti-Corruption Commission's (MACC) investigation procedures, ruling that witnesses in investigations must not be questioned beyond normal office hours, from 8.30am to 5.30pm.

It also found the MACC had acted illegally when it interrogated Kajang town councillor Tan Boon Wah overnight at its Selangor head office in Plaza Masalam, Shah Alam.

The judge noted that the meaning of the phrase "day to day", which is at the core of the dispute between Tan and the MACC, "cannot mean round the clock" investigation which includes recording statements from the witness.

Tan was taken in about 9pm on July 15, the same day as political aide Teoh Beng Hock, who was later found dead on a 5th-floor landing outside the MACC office and whose death is currently the subject of an on-going inquest.

Tan was questioned until about 2am and went home the next day at lunch time.

Malaysian Insider

1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!